Bismillahirrahmanirrahim

sekebun bunga untuk dia yang penyabar.
1. Petikan dari FB Fedtri Yahya. Moga memberi kesan kepada hati-hati yang membacanya.
Ucapan seorang pensyarah (pemenang anugerah ) yg tak sempat dihabiskan kerana terlalu sebak. Seluruh dewan terdiam. Saya tuliskan teksnya:
5 Resepi kejayaan dalam pengajian doktor falsafah-
Pertama, dalam apa jua hal yang berlaku, saya menggantungkan seluruh nasib saya kepada Allah. Misalnya, tatkala saya bertembung dengan apa jua kesukaran pengajian, hal pertama yang saya lakukan adalah solat sunat taubat dan solat sunat hajat.
Kedua, saya berusaha sedaya upaya untuk berbuat yang terbaik kepada kedua orang tua dan guru saya. Atas sebab itulah misalnya, saya dikurniakan Allah akan guru yang tidak hanya memimpin saya dalam pengajian tetapi juga memimpin saya ke hospital sewaktu saya jatuh sakit.
Ketiga, saya berusaha sedaya upaya untuk sentiasa bermurah hati baik dari segi tenaga dan wang ringgit kerana di situlah antara punca kemurahan rezeki.
Keempat, saya memiliki perancangan pengajian yang sangat teliti. Bermula dari perancangan tahunan hinggalah kepada perancangan harian.
Kelima, tiada istilah ‘malu’ dalam kamus hidup saya setiap kali saya memerlukan tunjuk ajar daripada seseorang. Kelima-lima resepi inilah mudah-mudahan menjadi panduan kepada teman-teman siswazah sekalian bagi menggapai kejayaan yang lebih gemilang.

jalan perlahan-lahan. telusuri setiap apa yang ada di hadapan dengan hati-hati. agar bisa memberikan seribu pengalaman yang mampu digunakan di kemudian hari.
2. Praktikum dah tamat. Alhamdulillah. Banyak sangat benda yang dapat dari 1st praktikum ni. Praktikum yang menguji mental dan fizikal. Praktikum yang menghadiahkan sebillion pengalaman manis dan pahit. Praktikum yang juga menghadiahkan sekeping ‘surat cinta’ khas untuk saya. Praktikum yang juga membuka mata hati tentang qoute yang dicipta sendiri.
Apa guna kalau handsome luaran tapi tak handsome dalaman.
Praktikum yang akan saya rindui murid-muridnya, tempat istirehatnya, perkhemahan badan beruniform yang mana saya turut tidur di sekolah, malam-malam yang dipenuhi dengan menulis RPH yang hanya 2-3 muka surat tapi mengambil masa sehingga 2-3 jam, menyediakan ABM yang lawa + kalerful + comel, khas untuk murid-murid Darjah 1 dan Darjah 2 yang terchenta. Praktikum yang mengerahkan seluruh tenaga setiap pagi dan petang untuk memandu sejauh 20km sehala setiap hari di atas highway di Penang yang sangat sibuk ini.
Pendek kata, memang penuh dengan cerita suka dan duka. Dan akan juga merindui detik-detik ‘menulis’ buku cerita Kisah Praktikumku bersama roomate setiap petang selepas pulang dari sekolah sampai lah pagi keesokkannya sebelum ke sekolah. Senyum sorang2 je sekarang ni bila ingat balik semua ni.
Praktikum dah habis. Ayuh kembali ke ‘kepompong’ pelajar guru pula. Fuh. Yang ini lebih-lebih lagi menguji mental dan fizikal.
Bila difikirkan, baru faham dan tahu kenapa suka sangat bila dapat pergi praktikum even bila praktikum kerja lagi banyak dari belajar sehari-hari. Sebab saya dah jemu duduk dalam kelas dan bilik kuliah mendengar lecture + tutorial. Dan mungkin juga dah jemu dengan mereka yang hampir 4 tahun bersama dengan saya exclude those yang betul2 rapat dengan saya.
p/s: S untuk sabar seperti dia.